Mesyuarat Pembentangan Cadangan Sistem Tribunal Bagi Antibuli oleh vendor Serojatech yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah.
PENUBUHAN TRIBUNAL BAGI ANTIBULI
PENUBUHAN TRIBUNAL BAGI ANTIBULI
Latar Belakang
Penubuhan Tribunal bagi Antibuli di bawah Akta Antibuli 2026 [Akta 876] merupakan langkah progresif Kerajaan MADANI yang berpaksikan prinsip berpusatkan kanak-kanak dan keadilan restoratif berbanding hukuman punitif semata-mata. Mekanisme ini menawarkan platform penyelesaian yang lebih pantas, mesra mangsa, dan tidak teknikal bagi menuntut keadilan tanpa kos yang tinggi. Menerusi inisiatif ini, pengurusan kes buli dilaksanakan secara menyeluruh melalui dua laluan utama; bermula dengan proses pengantaraan di peringkat institusi pendidikan, dan disusuli dengan rujukan terus kepada Tribunal sekiranya penyelesaian awal gagal dicapai.
Objektif
Penubuhan Tribunal bagi Antibuli ini bertujuan untuk menyediakan platform penyelesaian pertikaian alternatif yang lebih pantas, mesra mangsa, dan tidak membebankan rakyat dengan kos guaman yang tinggi.


