Bengkel Penyediaan Draf Teks Perundangan Insolvensi Rentas Sempadan.
RUU INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025

Kronologi Penuh
Sesi Libat Urus bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan disertai oleh ahli-ahli jawatankuasa pakar (Expert Members) Prof. Aishah Bidin dan Prof. Dr. Hasani Bin Mohd Ali, ahli-ahli jawatankuasa kerja CBI-REFORM-WC, serta wakil-wakil daripada agensi persekutuan yang lain, termasuk AGC. Turut serta adalah wakil-wakil Kerajaan Negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan lain-lain.
Perbincangan bersama Setiausaha UNCITRAL di Vienna, Austria mengenai potensi pemakaian MLCBI di Malaysia dan instrumen-instrumen yang berkait, bagi memastikan ia sejajar dengan amalan dan piawaian perdagangan antarabangsa.
Mesyuarat bersama YBhg Tan Sri Nallini yang merupakan Penasihat Khas Jawatankuasa bagi pemakaian MLCBI.
Mesyuarat bersama Pakar- Pakar Bidang Insolvensi dari dalam dan luar negara termasuk barisan pakar dari INSOL International, UNCITRAL, Akademi Sains Malaysia, ahli akademik ulung dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
Pembentangan Nota Jemaah Menteri.
Bengkel Penetapan Dasar bagi penerimaan dan pemakaian MLCBI di peringkat CBI-REFORM-WC telah diadakan yang juga merupakan Mesyuarat Bil. 3/2025. Sesi perbentangan telah dibuat oleh wakil-wakil dari Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (iPAM) bagi memberi dan mendapatkan penerangan mengenai impak khusus pemakaian MLCBI tersebut kepada agensi-agensi tertentu.
Mesyuarat CBI-REFORM-MC Bil. 1/2025 telah dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (KPDHEP) Datuk Armizan Mohd Ali bagi membincangkan cadangan parameter dasar yang dibawa di peringkat CBI-REFORM-WC.
Mesyuarat CBI-REFORM-WC Bil. 2/2025 diadakan bagi memperhalusi maklum balas yang diterima susulan mesyuarat pertama.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (CBI-REFORM-WC) Bil. 1/2025 diadakan bagi membentangkan Terma Rujukan CBI-REFORM-WC, garis masa kajian serta hasrat penggubalan RUU Insolvensi Rentas Sempadan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :694