Sesi Dialog: The Future Of Legal Education In Malaysia.
RUU PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025
RUU PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2025
Latar Belakang
Akta Profesion Undang-Undang 1976 digubal untuk menyatukan undang-undang berkaitan profesion guaman di Malaysia, termasuk menetapkan syarat kelayakan bagi peguam bela dan peguam cara. Akta ini juga mengawal firma guaman asing di Malaysia. Dengan peningkatan bilangan peguam dari 15,000 pada 2010 kepada lebih 24,000 pada 2023, terdapat keperluan untuk mengemas kini akta bagi menangani perkembangan ini.
Pindaan Fasa 1:
Antara pindaan-pindaan penting yang telah dilaksanakan merangkumi perkara-perkara seperti berikut :
1.1 Penubuhan Pekongsian Liabiliti Terhad
1.2 Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam
1.3 Kaedah-kaedah bagi mengawal selia Peguam bela dan Peguam cara dan pelatih
1.4 Pindaan mengenai latihan pelatih dalam kamar (‘pupillage’)
1.5 Kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LPQB)
Pindaan Fasa Kedua:
Pindaan mengambil kira penambahbaikan kepada LPQB serta pindaan-pindaan lain yang dicadangkan oleh Majlis Peguam Malaysia. Pindaan-pindaan yang dicadangkan yang berkaitan dengan LPQB adalah seperti berikut :
2.1 Struktur dan komposisi LPQB dengan penambahan keanggotaan dari Sabah dan Sarawak serta wakil dari IPTS;
2.2. Pengerusi adalah terdiri dari Ketua Pengarah BHEUU, JPM bersama Pengerusi Majlis Peguam Malaysia secara Pengerusi bersama;
2.3. Pelantikan tiga orang anggota yang dilantik oleh YB Menteri;
2.4. Pelantikan seorang Setiausaha secara sepenuh masa di LPQB, di mana lantikan akan dibuat oleh Lembaga;
2.5. Pembayaran elaun kepada Lembaga; dan
2.6. Pengauditan dan Pelaporan yang sewajarnya oleh LPQB
Objektif
- Meningkatkan standard kelayakan dan ketelusan dalam proses pendaftaran peguam, termasuk memperkenalkan struktur baru seperti “perkongsian guaman liabiliti terhad” yang membolehkan peguam beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang lebih fleksibel.
- Penambahbaikan dalam pengurusan kewangan dan pengauditan lembaga akan memastikan ketelusan dan integriti, manakala keperluan latihan praktikal yang lebih baik bagi pelatih peguam akan memperkukuhkan profesionalisme dalam bidang ini