Perbincangan Focus Group Discussion (FGD) dengan pemegang taruh dan pihak yang berkepentingan. Hasil daripada sesi tersebut, BHEUU JPM telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Berkaitan Ratifikasi Konvensyen Singapura (Singapore Convention) dan Pindaan Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749]/ Penggubalan Akta Baharu Berkaitan Pengantaraan.
RUU PENGANTARAAN (PINDAAN) 2025
2019
2018
2012
RUU PENGANTARAAN (PINDAAN) 2025
Latar Belakang
Penggubalan Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749] bertujuan untuk menggalakkan dan mempertingkatkan pengantaraan sebagai suatu kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dengan mengadakan peruntukan bagi proses pengantaraan atau lebih dikenali sebagai proses mediasi. Akta ini turut digubal bagi memudahkan pihak-pihak dalam pertikaian untuk menyelesaikan pertikaian secara adil, cepat dan berkesan dari segi kos dan untuk mengadakan peruntukan bagi pekara yang berhubungan dengannya.
Objektif
- Bagi tujuan meratifikasi The United Nations Convention on International Settlement Agreements Resulting From Mediation, semakan kepada Akta 749 dan Akta-Akta lain yang berkaitan adalah perlu bagi memastikan undang-undang berkaitan adalah selari.