Bengkel untuk memuktamadkan dokumen NAPBHR di mana input diterima dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal NAPBHR.
PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA (NAPBHR)
PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA (NAPBHR)
Latar Belakang
BHEUU JPM diberi mandat untuk membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) selaras dengan United Nations Guiding Principles on Business and Human Rights (UNGPs). Pembangunan ini dikawal oleh Jawatankuasa Pemandu dan dipantau oleh Jawatankuasa Kerja. Fokus utama NAPBHR adalah isu Buruh, Alam Sekitar, dan Tadbir Urus, dengan kerjasama kementerian berkaitan.
Objektif
1. Memastikan Tadbir Urus yang Baik
1.1 Meningkatkan pemahaman mengenai tanggungjawab perniagaan dalam menghormati hak asasi manusia.
2. Meningkatkan Kesedaran dan Kapasiti
2.1 Memberikan kesedaran kepada syarikat dan pihak berkepentingan tentang kepentingan hak asasi manusia dalam perniagaan.
2.2 Membangunkan keupayaan sektor perniagaan dalam melaksanakan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.
3. Meningkatkan Akses kepada Pemulihan
3.1 Memastikan mekanisme pemulihan yang berkesan bagi individu atau komuniti yang terjejas akibat aktiviti perniagaan.
3.2 Memperkukuh peranan badan pemantau hak asasi manusia dalam menangani isu berkaitan perniagaan.
4. Menggalakkan Amalan Perniagaan Beretika
4.1 Menggalakkan perniagaan untuk mengamalkan prinsip kepatuhan sosial dan persekitaran yang mampan.
5. Memperkukuh Kerjasama antara Sektor Awam dan Swasta
5.1 Menggalakkan kerjasama antara kerajaan, perniagaan, dan masyarakat sivil dalam menangani cabaran hak asasi manusia.