Persidangan ASEAN mengenai Perkhidmatan Bantuan Guaman untuk Kanak-Kanak akan berlangsung di Pulau Pinang. Garis Panduan Khas bagi Pengendalian Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dicadangkan untuk dilancarkan secara rasmi semasa persidangan berprestij ini, sebagai manifestasi komitmen serantau dalam melindungi dan memperkukuh hak kanak-kanak.
GARIS PANDUAN KHAS KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK

Kronologi Penuh
Bengkel Pemurnian Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penilaian Garis Panduan Khas Bil. 2/2025 diadakan untuk menilai draf garis panduan yang disediakan oleh UNICEF.
Sesi perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri mengenai penyediaan garis panduan khas untuk menangani kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Pindaan kepada Akta 676 dan Akta 792 berkuat kuasa. Pelaksanaan melibatkan kerjasama ILKAP, Jabatan Peguam Negara (Bahagian Pendakwaan), dan PKPMP bagi program latihan.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penilaian Garis Panduan Khas bagi Pengendalian Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Thiyagu Ganesan bagi membincangkan garis panduan susulan pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :694