Sesi libat urus antara BHEUU JPM dan Badan Peguam Malaysia serta pelbagai pakar akademik berkaitan Keupayaan Mental termasuk Public Guardian, Office of the Public Guardian, Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga, Singapura.
RUU KEUPAYAAN MENTAL 2025 (KAJIAN EMPIRIKAL AKTA KEUPAYAAN MENTAL 2025)
RUU KEUPAYAAN MENTAL 2025
(KAJIAN EMPIRIKAL AKTA KEUPAYAAN MENTAL 2025)
Latar Belakang
Aspirasi untuk menggubal Akta Kapasiti Mental di Malaysia telah bermula sejak 15 tahun yang lalu dan menjadi semakin penting menjelang tahun 2030 apabila Malaysia dijangka menjadi negara menua dengan 15.3% penduduk berusia 60 tahun ke atas. Perbincangan mengenai penggubalan akta ini dipergiatkan semasa pandemik Covid-19, dengan kerjasama erat antara Persatuan Perubatan dan Undang-Undang Malaysia dan Majlis Peguam untuk mengenal pasti pihak berkepentingan.
Objektif
- Mengurangkan potensi pertikaian dalam kalangan ahli keluarga melalui penguatkuasaan undang-undang kepada mereka yang menjaga individu yang memerlukan, serta menyelia penjagaan kewangan dan fizikal mereka.
- Memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya golongan dewasa yang mengalami gangguan kognitif, pesakit demensia, pesakit strok, dan individu yang mempunyai kemampuan kognitif terhad akibat kemalangan atau penyakit.
- Mengiktiraf dan menyokong penjaga yang sering diabaikan sumbangan mereka, dan memperjelaskan kuasa mereka.
- Memastikan kepentingan terbaik golongan dewasa yang terdedah dilindungi, dan bantuan yang diberikan seboleh-bolehnya tidak menyekat hak dan kebebasan mereka.