Pasukan DPA Bahagian Pendakwaan telah mengkaji MJM Dasar dan sedang memuktamadkan RUU DPA
PERJANJIAN PENDAKWAAN TERTANGGUH/ DEFERRED PROSECUTION AGREEMENT (DPA)
PERJANJIAN PENDAKWAAN TERTANGGUH/ DEFERRED PROSECUTION AGREEMENT (DPA)
Latar Belakang
Sebelum ini, usaha menggubal Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (DPA) diterajui oleh AGC, SPRM, LHDN, JKDN dan agensi berkaitan. Namun, pada 3 Jun 2025, YAB Perdana Menteri telah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) untuk mengetuai urusan penggubalan DPA ini dengan kerjasama agensi-agensi lain.
Objektif
- Tujuan BHEUU, JPM mengetuai perkara ini adalah untuk memastikan input daripada orang awam dan pihak berkepentingan turut diambil kira dalam proses penggubalan DPA, bukan hanya melibatkan agensi kerajaan seperti sebelum ini.







