Pihak Parlimen memaklumkan tiada penetapan dasar baharu dan dikekalkan yg lama.
RUU MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) (PINDAAN) 2026
2025
2024
2022
RUU MAJLIS PARLIMEN (KEISTIMEWAAN DAN KUASA) (PINDAAN) 2026
Latar Belakang
Transformasi Parlimen Malaysia bermula dengan kenyataan media bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 3 September 2021, diikuti dengan pengumuman Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik oleh YAB Perdana Menteri pada 13 September 2021. Usaha ini bertujuan memperkukuh peranan Parlimen melalui pembaharuan pentadbiran dan perundangan, termasuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen, meminda Akta 347, memperkasa Jawatankuasa Pilihan, dan mengemaskini peraturan mesyuarat kedua-dua Dewan. Akta 347, yang mengawal kuasa dan keistimewaan Parlimen, kini dikaji semula untuk disesuaikan dengan keperluan semasa setelah tidak pernah dipinda sejak 1952.
Objektif
- Memperkukuh keutuhan dan kewibawaan Parlimen Malaysia.
- Meminda Akta 347 supaya lebih relevan dengan persekitaran semasa, termasuk menaikkan kadar denda dan memodenkan istilah.
- Mewujudkan kod etika untuk Ahli Parlimen dan menetapkan tindakan terhadap pelanggaran kod tersebut.
- Memberi kuasa tambahan kepada Majlis Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong dalam penyeliaan tingkah laku ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
- Menyokong agenda Malaysia yang lebih makmur, inklusif, dan mampan melalui amalan demokrasi bermusyawarah.