Bengkel Pemurnian Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia.
GARIS PANDUAN KHAS KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK
GARIS PANDUAN KHAS KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK
Latar Belakang
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah penting untuk membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, termasuk pengenalan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak pada 10 Julai 2017, penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak pada 22 Jun 2017, dan penggubalan Garis Panduan Khas.
Pada 2023 dan 2024, pindaan terhadap Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 telah dilaksanakan. Oleh itu, Garis Panduan Khas juga perlu disemak dan dikemaskini selaras dengan pindaan undang-undang ini.
Objektif
Menyediakan panduan dan hala tuju strategik untuk proses semakan dan pengemaskinian Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia.