Jangkaan pemuktamadan Garis Panduan Pemegang Amanah 2025
GARIS PANDUAN PEMEGANG AMANAH 2025
GARIS PANDUAN PEMEGANG AMANAH 2025
Latar Belakang
Pindaan kepada Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] dan Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] telah diluluskan di Parlimen pada Disember 2024, telah diwartakan pada 19 Februari 2025 dan telah berkuatkuasa mulai 20 Februari 2025. Pada masa yang sama, peraturan subsidiari kepada Akta 208 & Akta 258 telah turut diluluskan oleh YB Menteri (UURI) dan telah mula berkuatkuasa pada 20 Februari 2025. Bagi memantapkan dan memperkukuh usaha-usaha penambahbaikan undang-undang berkaitan amanah, BHEUU berhasrat untuk menyediakan Garis Panduan khusus untuk menjelaskan tentang panduan permohonan pendaftaran pemegang amanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Objektif
Tujuan Garis Panduan ini adalah sebagai rujukan dan panduan oleh pemegang-pemegang amanah yang telah diperbadankan di bawah Akta 258.