Sesi Libat Urus bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan disertai oleh ahli-ahli jawatankuasa pakar (Expert Members) Prof. Aishah Bidin dan Prof. Dr. Hasani Bin Mohd Ali, ahli-ahli jawatankuasa kerja CBI-REFORM-WC, serta wakil-wakil daripada agensi persekutuan yang lain, termasuk AGC. Turut serta adalah wakil-wakil Kerajaan Negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan lain-lain.
RUU INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025
RUU INSOLVENSI RENTAS SEMPADAN 2025
Latar Belakang
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bersama-sama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah bersepakat untuk mengukuhkan perundangan insolvensi negara berkaitan insolvensi rentas sempadan. Inisiatif ini mengguna pakai UNCITRAL Model Law on Cross Border Insolvency (MLCBI). Susulan itu, sebuah Jawatankuasa Induk (CBI-REFORM-MC) dan Jawatankuasa Kerja (CBI-REFORM-WC) telah ditubuhkan bagi menggerakkan usaha pemerkasaan perundangan ini.
CBI-REFORM-MC dipengerusikan secara bersama oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup manakala CBI-REFORM-WC dipengerusikan oleh BHEUU JPM.
Bagi CBI-REFORM-WC, YBrs Tuan Thiyagu Ganesan selaku Pengerusi, mengetuai keahlian jawatankuasa tersebut. Ahli- ahli lain terdiri daripada wakil dari agensi-agensi berikut :
- Jabatan Peguam Negara (AGC)
- Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Ekonomi
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI)
- Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU)
- Jabatan Akauntan Negara
- Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
- Bank Negara Malaysia (BNM)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Agensi Kaunseling Dan Pelaporan Kredit (AKPK)
- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
- Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (IPAM)
- Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar)
- Malaysian Institute of Accountants (MIA)
- Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)
- International Insolvency Institute
- INSOL International
- UNCITRAL Regional Centre for Asia and Pacific (RCAP)
Objektif
- Memperkenalkan satu rangka kerja undang-undang bagi menangani isu-isu yang timbul akibat insolvensi atau kebankrapan melibatkan pelbagai negara.
- Mengiktiraf prosiding asing dan pelantikan pentadbir asing bagi memudahkan pengurusan dan penyelesaian kes melibatkan pelbagai negara.
- Reformasi perundangan insolvensi rentas sempadan melalui pemakaian MLCBI akan meningkatkan keyakinan pelabur dalam memacu daya saing Malaysia di arena ekonomi antarabangsa. Antara negara-negara yang telah menerima pakai MLCBI ialah negara Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, New Zealand, Singapura dan Filipina.