Sesi Libat Urus bersama Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Undang-Undang Sabah dan YBGK di mana pihak-pihak terlibat diberikan tempoh dua minggu untuk memberikan maklum balas berkaitan.
RUU BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2025
2025
2024
RUU BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2025
Latar Belakang
Cadangan penggubalan RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 adalah selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh perkhidmatan bantuan guaman. RUU ini bertujuan menaiktaraf khidmat bantuan guaman dalam kes jenayah dengan menubuhkan sistem pembelaan awam yang lebih berstruktur dan efektif. Jabatan Bantuan Guaman (JBG) akan diperkasa dengan penubuhan Bahagian Pembelaan Awam dan pengenalan jawatan baharu, Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam, bagi memastikan perkhidmatan lebih sistematik dalam prosiding jenayah di Malaysia.
Objektif
- Sebagai usaha menambahbaik perkhidmatan bantuan guaman dengan turut memasukkan perkhidmatan pembelaan awam bagi kes jenayah di Malaysia.