Kini dalam tindakan pemurnian RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025.
RUU BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2025

Kronologi Penuh
Sesi Libat Urus bersama Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Undang-Undang Sabah dan YBGK di mana pihak-pihak terlibat diberikan tempoh dua minggu untuk memberikan maklum balas berkaitan.
MJM RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 telah diedarkan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan untuk mendapatkan ulasan.
Sesi Libat Urus dengan Persatuan Peguambela Sarawak.
Sesi Libat Urus dengan Persatuan Undang-Undang Sabah.
Kelulusan MJM berhubung Cadangan Penetapan dasar Penggubalan RUU Baharu Berkaitan Perkhidmatan Bantuan Guaman yang Holistik Merangkumi Kes Sivil, Jenayah dan Syariah.
Taklimat Pemberian Bantuan Guaman Jenayah kepada Badan Peguam Malaysia.
Kelulusan MJM mengenai Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman bagi Kes Jenayah di Malaysia.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau dan Penetapan Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman telah diadakan melibatkan pihak-pihak berkepentingan termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Penubuhan Jawatankuasa Khas Akta Pembelaan Awam (JAPA) oleh UKM dan UM untuk melaksanakan kajian dan mengemukakan cadangan berhubung kewajaran cadangan penggubalan Akta Pembelaan Awam dan penubuhan Pejabat Pembelaan Awam di Malaysia.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Kerajaan akan meneliti kewajaran suatu Akta khusus untuk digubal bagi menawarkan perkhidmatan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah yang akan membolehkan rakyat berpendapatan rendah mendapat akses kepada keadilan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :695