Bengkel Pemurnian Dasar Cadangan Penubuhan Ombudsman.
RUU OMBUDSMAN 2025

Kronologi Penuh
Bengkel Penyusunan Semula Kerangka Ombudsman.
Sesi Libat Urus Holistik Zon Tengah di Selangor.
Bengkel Intensif Ombudsman.
Pembentangan Status Ombudsman terkini kepada JKPK Parlimen Dewan Rakyat & Dewan Negara, EAIC, BPA dan AGC.
Sesi Libat Urus Holistik Zon Selatan di Melaka.
Sesi Libat Urus Holistik Zon Timur di Terengganu.
Penyertaan ke Southeast Asian Ombudsman Forum (SEAOF)+ di Jakarta.
Sesi Libat Urus Holistik Zon Sabah.
Mesyuarat Penanda Aras (Secara atas talian) bersama Ombudsman New Zealand.
Lawatan Penanda Aras ke Ombudsman Australia.
Sesi Libat Urus Holistik Zon Utara di Perak.
Bengkel Penetapan Dasar bersama Ahli JK Kerja.
Mesyuarat JK Kerja Ombudsman Malaysia bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan SLU dan parameter kajian.
Mesyuarat penyelarasan sekretariat oleh BHEUU bersama-sama dengan BPA & EAIC.
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya sesi libat urus (SLU) holistik dilaksanakan oleh BHEUU JPM dengan kerjasama BPA JPM dan EAIC dalam tempoh tiga bulan bagi menentukan mekanisme penubuhan dan pelaksanaan Ombudsman Malaysia.
Pembentangan cadangan penubuhan Ombudsman Malaysia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Agenda Reformasi dan Undang-Undang Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air yang memutuskan supaya sesi libat urus holistik dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan untuk menentukan mekanisme penubuhan dan pelaksanaan Ombudsman Malaysia.
Mesyuarat Jawatankuasa PROTEM Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah BHEUU JPM dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa PROTEM serta BPA JPM antara lain telah bersetuju supaya kajian yang menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan mana-mana fungsi dan bidang kuasa agensi berkaitan tidak tercicir dan agensi baharu yang akan ditubuhkan hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang tidak kurang (no less favourable) daripada fungsi sedia ada termasuklah daripada aspek implikasi kewangan serta aspek perundangan.
Perbincangan bersama EAIC, Penasihat Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (PUU JPM), Jabatan Peguam Negara, BHEUU JPM dan Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bagi meneliti dan membincangkan mekanisme penggabungan BPA JPM dan EAIC sebagai Ombudsman Malaysia.
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah mencadangkan supaya EAIC digabungkan di bawah Ombudsman Malaysia bagi tujuan mengukuhkan dan memperkasakan fungsi dan peranan EAIC dengan mengambil kira kekurangan serta penelitian ke atas kelebihan dalam penubuhan Ombudsman serta penyerapan fungsi BPA dan EAIC
Sesi Libat Urus BPA dengan ahli parlimen daripada Blok Kerajaan dan Blok Pembangkang.
Sesi Libat Urus Biro Pengaduan Awam (BPA) dengan agensi perkhidmatan awam persekutuan dan badan bukan kerajaan.
Sesi perbincangan bersama EAIC, AGC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membincangkan berkenaan mandat YAB Perdana Menteri mengenai cadangan pengukuhan EAIC sedia ada bagi memantau salah laku agensi penguatkuasaan dengan penubuhan Ombudsman Malaysia.
Jemaah Menteri telah bersetuju agar BHEUU JPM menubuhkan Jawatankuasa PROTEM untuk meneliti dengan lebih terperinci berkenaan pengukuhan dan pemantapan fungsi dan kuasa Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) termasuk kuasa untuk menyemak isu-isu integriti.
YAB Perdana Menteri dalam sesi waktu pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji semula cadangan supaya badan bebas diwujudkan bagi menyiasat aduan dan tuduhan terhadap badan penguatkuasaan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :688