Perbincangan awal bersama Bahagian Perlindungan, JPM di mana beberapa bidang pembaharuan telah dipersetujui untuk tujuan kajian lanjut.
RUU PERLINDUNGAN SAKSI (PINDAAN) 2025
RUU PERLINDUNGAN SAKSI (PINDAAN) 2025
Latar Belakang
Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) diperkenalkan untuk melindungi saksi dalam prosiding jenayah, namun tidak dipinda sejak 2009. Sebelum penggubalan akta ini, perlindungan saksi di Malaysia tidak mempunyai kerangka undang-undang khusus, menyebabkan ramai saksi takut untuk memberi keterangan. Kajian bagi pindaan dijalankan untuk memastikan ia selaras dengan amalan antarabangsa. Penambahbaikan akta ini penting untuk memastikan perlindungan saksi yang lebih berkesan, sekali gus menggalakkan lebih ramai saksi tampil ke hadapan.
Objektif
- Meneliti best practice berhubung program perlindungan saksi yang diamalkan di peringkat antarabangsa merangkumi Perlindungan Identiti dan Keselamatan Fizikal, Sokongan Psikologi dan Kaunseling, Sokongan Selepas Perlindungan (After-care), Ketelusan dan Akauntabiliti Program Perlindungan, Peningkatan kapasiti Pegawai Perlindungan, dan Perundangan yang Komprehensif dan Mesra Mangsa.
- Memperkenalkan pindaan kepada Akta 696 bagi meningkatkan perlindungan kepada saksi selain mempertingkatkan keupayaan Bahagian Perlindungan dalam memberikan sokongan psikologi dan sokongan pasca perlindungan kepada peserta program perlindungan.
- Meneliti cadangan untuk memperuntukan kuasa siasatan kepada Bahagian Perlindungan, JPM.
- Menambah baik proses permohonan dan penamatan perlindungan saksi.
- Mengenal pasti bidang-bidang pembaharuan yang boleh meningkatkan keberkesanan Akta 696.