Mengemukakan draf Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 kepada Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.
RUU PERLINDUNGAN SAKSI (PINDAAN) 2025

Kronologi Penuh
Jemaah Menteri telah mempertimbangkan dan bersetuju secara prinsip dengan cadangan untuk meminda Akta 696.
Memorandum daripada Perdana Menteri – Cadangan Pertimbangan Dasar bagi Pindaan Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] telah diedarkan untuk ulasan.
Pengurusan bagi penyediaan dokumen diserahkan kepada Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri. BHEUU, JPM akan sentiasa bekerjasama dengan Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.
Perbincangan mengenai status semasa pindaan.
Semakan Cadangan Pindaan
Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri mengemukakan semula cadangan pindaan terhadap draf Memorandum daripada Perdana Menteri – Cadangan Pertimbangan Dasar bagi Pindaan Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696].
Mengemukakan cadangan pindaan terhadap draf Memorandum daripada Perdana Menteri – Cadangan Pertimbangan Dasar bagi Pindaan Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] kepada Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Cadangan Pindaan Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696] diadakan untuk memuktamadkan dasar cadangan pindaan.
24 Jun 2025 – Mesyuarat Koordinasi dengan pihak yang berkepentingan telah diadakan.
15 Mei 2025 – Perbincangan susulan bersama Bahagian Perlindungan, JPM bagi menyelaras input dasar dan mengemaskini cadangan pindaan peruntukan yang berkaitan.
Perbincangan susulan dengan Bahagian Perlindungan, JPM. Pemerincian bidang pembaharuan telah dilaksanakan.
Perbincangan susulan bersama Bahagian Perlindungan, JPM akan diadakan bagi menyelaras input dasar dan mengemaskini cadangan pindaan peruntukan yang berkaitan. Mesyuarat dengan pihak yang berkepentingan akan diadakan pada bulan Mei 2025.
Perbincangan awal bersama Bahagian Perlindungan, JPM di mana beberapa bidang pembaharuan telah dipersetujui untuk tujuan kajian lanjut.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :32302
