Penghantaran Draf Laporan Akhir oleh UNISZA bagi Semakan Akta Jualan Barangan 1957 (Akta 832).
RUU JUALAN BARANGAN (PINDAAN) 2025

Kronologi Penuh
Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan mengenai cadangan dasar pindaan Akta 382 bagi zon Utara (Penang).
Sesi libat urus bersama pihak berkepentingan mengenai cadangan dasar pindaan Akta 382 bagi zon Selatan (Johor Bahru).
Perbincangan antara BHEUU JPM dan pasukan penyelidik untuk untuk meneliti cadangan dasar dan ruang lingkup cadangan dasar pindaan Akta 382.
Bengkel Cadangan Penetapan Dasar dan Penggubalan RUU Jualan Barangan (Pindaan) 2026 bersama pasukan penyelidik yang diketuai oleh UNISZA dan agensi kerajaan serta pihak berkepentingan termasuk Majlis Peguam Malaysia.
Perbincangan awal bersama pihak berkepentingan di mana sebelas (11) dasar telah ditetapkan bagi RUU Jualan Barangan (Pindaan) 2025). Fasa pertama akan memfokuskan pindaan kepada beberapa aspek di bawah Akta 382.
Perbincangan dengan pasukan pengkaji untuk menetapkan hala tuju kajian pindaan Akta Jualan Barangan (Pindaan) 2025. RUU ini akan dilaksanakan dalam beberapa fasa di mana fasa pertama akan menumpukan kepada pindaan kepada Akta 382 dalam beberapa aspek seperti definisi, pengenalan ADR dan lain lain.
Satu perbincangan awal bersama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan AIAC untuk membincangkan hala tuju cadangan semakan dan kajian Akta 382. Ahli mesyuarat juga telah mengemukakan maklum balas pihak berkepentingan dan juga undang-undang berkaitan yang perlu dirujuk bagi RUU Jualan Barangan (Pindaan) 2025.
Perbincangan dengan pasukan pengkaji untuk menetapkan hala tuju kajian pindaan Akta Jualan Barangan (Pindaan) 2025.
Seterusnya, Bengkel bersama pihak yang berkaitan dijangka diadakan pada Jun 2025 khusus bagi menyelaras dan mengemaskini kajian Akta Jualan Barangan (Pindaan) 2025.
Perbincangan awal antara pasukan UNISZA dan BHEUU.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :32302
