Pihak SPR telah mengadakan SLU dengan semua pemegang taruh.
RUU KESALAHAN PILIHAN RAYA (PINDAAN) 2025
2026
2024
RUU KESALAHAN PILIHAN RAYA (PINDAAN) 2025
Latar Belakang
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melaksanakan Kajian Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR)(Akta 5) yang melibatkan beberapa bahagian di dalam akta berkaitan seperti kesalahan pilihan raya, hukuman dan penguatkuasaan undang-undang seperti berikut:
i. Bahagian I (Permulaan dan Pentafsiran)
ii. Bahagian II (Kesalahan Pilihan Raya)
iii. Bahagian III (Perbuatan Rasuah)
iv. Bahagian IV (Ejen Pilihan Raya dan Perbuatan Yang Menyalahi Undang-undang)
v. Bahagian IV A (Pasukan Penguat Kuasa)
vi. Bahagian V (Maaf Kerana Perbuatan Rasuah atau Perbuatan Yang Menyalahi Undang-undang)
Objektif
- Kajian Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bertujuan untuk memastikan perundangan ini masih relevan dan dapat mewujudkan pilihan raya yang telus, adil dan cekap kepada semua pihak.

