Roadmap ini telah diluncurkan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dalam Majlis Town Hall bersama beliau di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.
AI LEGAL JUSTICE ROADMAP 2025-2026
AI LEGAL JUSTICE ROADMAP 2025-2026
Latar Belakang
AI Legal Justice merupakan satu pelan tindakan jangka pendek melibatkan inisiatif yang akan dilaksanakan oleh jabatan/agensi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dengan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan sistem perundangan dan lebih mudah diakses oleh masyarakat umum. Ini termasuk mengautomasikan proses perundangan, memberi maklumat berkaitan undang-undang yang lebih tepat dan membantu dalam membuat keputusan yang lebih adil berdasarkan data dan analisis yang dikumpulkan.
Objektif
Mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam sektor perundangan melibatkan agensi-agensi di bawah BHEUU JPM bagi meningkatkan akses kepada keadilan serta membantu dalam kecekapan proses kerja agensi-agensi.




