Bengkel Penyusunan Semula Kerangka Ombudsman.
RUU OMBUDSMAN 2025
RUU OMBUDSMAN 2025
Latar Belakang
Cadangan penggubalan undang-undang dan penubuhan Ombudsman Malaysia selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2030) dan Strategi Pembanterasan Rasuah 2024-2028 (Strategi 4 – substrategi 6). Ombudsman Malaysia akan berfungsi sebagai platform untuk rakyat mengemukakan aduan mengenai kelemahan dalam perkhidmatan awam, menyokong ketelusan dan akauntabiliti. Penubuhan ini berasaskan tiga prinsip utama: bebas, adil, dan rahsia, bagi memastikan ia berfungsi secara profesional, berkesan, dan melindungi hak rakyat tanpa campur tangan pihak berkepentingan.
Objektif
- Untuk memperkukuh tatakelola, mengurangkan karenah birokrasi, memastikan semak dan imbang dan meningkatkan tahap kepercayaan rakyat kepada Kerajaan dan sektor awam.
- Untuk memastikan pengurusan dan penyiasatan aduan yang cekap dalam memastikan peningkatan tahap kepercayaan rakyat kepada saluran aduan yang disediakan di dalam negara.
- Sebagai satu sistem dan mekanisme bebas yang menerima dan mengurus aduan, memudahkan orang awam membuat aduan.