Perbincangan Meja Bulat Mengenai Laporan Awal oleh Jawatankuasa Kerja Agensi.
KAJIAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG KONTRAK
KAJIAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG KONTRAK
Latar Belakang
Di Malaysia, undang-undang utama berkaitan kontrak adalah Akta Kontrak 1950 (Akta 136), yang telah dipinda tiga kali sejak diperkenalkan. Namun, dengan perkembangan pesat dalam perniagaan, teknologi, dan norma masyarakat, Akta 136 dianggap ketinggalan zaman dan tidak dapat menangani isu transaksi digital dan perdagangan antarabangsa. Oleh itu, pembaharuan undang-undang kontrak diperlukan supaya selaras dengan piawaian antarabangsa. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Semakan dan Kajian Pembaharuan Undang-Undang Kontrak, yang akan menjalankan kajian selama 18 bulan dari Januari 2025 hingga Jun 2026.
KEAHLIAN JAWATANKUASA SEMAKAN DAN KAJIAN PEMBAHARUAN UNDANG-UNDANG KONTRAK DI MALAYSIA
Pengerusi:
- Yang Arif Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera (Hakim Mahkamah Persekutuan)
Ahli-Ahli:
- Yang Arif Dato’ Azizul Azmi bin Adnan (Hakim Mahkamah Rayuan)
- YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima David Wong Dak Wah (Mantan Hakim Besar Sabah dan Sarawak)
- Yang Arif Datuk Wong Kian Kheong (Hakim Mahkamah Rayuan)
- YBhg. Dato’ Mary Lim Thiam Suan [Pengarah, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC)]
Objektif
- Mengkaji semula bidang utama pembangunan undang-undang kontrak dan menilai kembali kekangan dan kelemahan Akta Kontrak 1950;
- Mengkaji keputusan penting di mahkamah Malaysia dan bidang teras undang-undang kontrak;
- Penyataan semula undang-undang kontrak di Malaysia;
- Mengesyorkan pembaharuan Akta Kontrak 1950 sama ada dengan meminda atau menggantikannya dengan suatu akta yang baru; dan
- Menyediakan laporan lengkap yang mengandungi hasil kajian atau dapatan serta syor dan implikasi cadangan yang melibatkan pindaan kepada Akta Kontrak 1950 dan undang-undang yang berkaitan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh 18 bulan.