Bengkel untuk memuktamadkan dokumen NAPBHR di mana input diterima dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Teknikal NAPBHR.
PELAN TINDAKAN KEBANGSAAN PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA (NAPBHR)

Kronologi Penuh
Zero-Draft NAPBHR telah dirangka dan dibuka untuk pandangan dan maklum balas umum.
Siri sesi libat urus bersama agensi kerajaan, perniagaan dan CSO/NGO mengikut zon.
Peluncuran National Baseline Study on Business and Human Rights.
Perbincangan, mesyuarat, dan konferens secara dalam talian sehingga tahun 2022. Kumpulan kerja BHR telah berjaya mencipta tiga (3) bidang utama untuk BHR yang berkait rapat dengan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG): Tadbir Urus, Buruh, dan Alam Sekitar.
SUHAKAM telah membangunkan dan membentangkan Rangka Kerja Strategik untuk NAPBHR. Rangka kerja ini memberikan arah dasar untuk penggubalan NAPBHR bagi Malaysia dalam mempromosikan penghormatan yang lebih besar terhadap hak asasi manusia bagi pihak kerajaan dan bukan kerajaan, termasuk perniagaan, masyarakat sivil, dan individu, serta kumpulan yang terkesan oleh impak negatif berkaitan hak asasi manusia dalam perniagaan.
SUHAKAM telah melaksanakan siri perbincangan meja bulat dan forum dengan pihak berkepentingan, kajian penyelidikan yang menumpukan kepada industri pembalakan dan perladangan di negara ini, serta program dan latihan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :692