Perbincangan Meja Bulat telah diadakan di University College London (UCL) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perbincangan ini telah disertai mantan Peguam Negara bagi England dan Wales, The Right Honourable Victoria Prentiss KC, mantan Director of Public Prosecutions for England and Wales, Sir Max Hill KC, serta pakar undang-undang, pengamal undang-undang, ahli akademik, dan wakil CSO serta NGO dari UK dan Malaysia. Fokus utama perbincangan adalah untuk mengumpulkan pandangan mendalam dan menyeluruh mengenai pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di UK.
Selain itu, YB Menteri dan delegasi turut mengadakan pertemuan penting dengan Peguam Negara, The Right Honourable Lord Richard Hermer KC, Speaker House of Commons, Sir Lindsay Hoyle MP, dan Stephen Parkinson, Director of Public Prosecutions dan Head of the Crown Prosecution Service.
Delegasi juga berkesempatan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Serious Fraud Office dan His Majesty’s Crown Prosecution Service Inspectorate (HMCPSI) dan Puan Susanna McGibbon, HM Procurator General, Treasury Solicitor and Head of the Government Legal Profession and Crown’s Nominee.
Di samping itu, kajian saintifik berdasarkan perspektif sains kemasyarakatan pandangan umum ke atas pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah selesai dijalankan bagi tempoh enam (6) bulan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM).