Mac 2026

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 telah pun dibentangkan bagi Bacaan Kedua di Dewan Rakyat pada 3 Mac 2026. Susulan itu, berdasarkan Peraturan 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, satu usul telah dikemukakan bagi menyerahkan Rang Undang-Undang tersebut kepada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya mula bersidang buat kali pertama pada 16 Mac 2026 untuk menyelesaikan semua isu berbangkit dalam tempoh tiga (3) bulan untuk dibentangkan semula pada sesi Mesyuarat Kedua Sidang Parlimen Tahun ini (dijangka pada bulan Jun 2026)

 

JKPK ini memfokuskan kepada tiga (3) parameter penting untuk diteliti semula iaitu pelantikan pendakwa raya, penamatan pendakwa raya dan juga akauntabiliti kepada parlimen. Pandangan perundangan daripada beberapa NGO/ CSO, pakar perlembagaan akademik dan juga kajian kes telah diperolehi dan dianalisa untuk dijadikan sebagai asas rujukan sebelum keputusan dimuktamadkan.