Satu Konvensyen Pendanaan Politik dengan kerjasama The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan UIAM akan dianjurkan sebagai platform untuk membentangkan dasar yang disyorkan untuk dimasukkan dalam RUU Pendanaan Politik kepada pihak berkepentingan. Penganjuran konvensyen ini bertujuan meningkatkan kefahaman, memperkukuh kesedaran awam serta menggalakkan penerimaan terhadap cadangan dasar dan rangka perundangan yang dicadangkan.
RUU PENDANAAN POLITIK 2025

Kronologi Penuh
Syor dasar akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk pertimbangan selanjutnya sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri.
Kajian Persepsi Awam Pendanaan Politik telah selesai dilaksanakan oleh pasukan kajian yang diketuai oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Februari 2026. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 3,539 orang. Kajian ini meliputi pelaksanaan sesi tinjauan yang melibatkan 3,422 orang, sesi focus group discussion (FGD) dengan penglibatan seramai 103 orang responden dan sesi temubual bersama 14 orang informan. Hasil kajian ini turut mengambilkira dapatan Sesi LIbat Urus (SLU) Bersama Pihak Berkepentingan yang telah dilaksanakan oleh BHEUU, JPM pada Jun hingga November 2025 dengan penyertaan seramai 1,544 orang peserta.
Berdasarkan dapatan kajian dan SLU, terdapat 8 syor dasar yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam RUU Pendanaan Politik yang merangkumi (i) skop pemakaian undang-undang, (ii) penubuhan badan kawal selia dana politik, (iii) pewujudan Lembaga Penasihat, (iv) sumber dana politik serta had sumbangan, (v) mekanisme penerimaan dana, (vi) pelaporan, audit dan ketelusan dan (vii) kesalahan serta hukuman.
Sesi Libat Urus Penetapan Dasar RUU Pendanaan Politik bersama YB Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dengan kehadiran oleh Setiausaha Agung parti politik, wakil parti politik, Kementerian dan agensi awam yang berkaitan, Badan Bukan Berkanun, CSO, ahli akademik dan pengamal media.
Sehingga Mac 2025- 9 sesi libat urus bagi membincangkan skop dasar RUU Pendanaan Politik merangkumi 5 sesi libat urus bersama wakil parti politik (yang terdiri daripada blok kerajaan dan pembangkang) dengan agensi Kerajaan, 3 siri mesyuarat dengan JKPK Hak Asasi, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi dan 1 siri SLU bersama Setiausaha Agung parti politik, wakil parti politik, Kementerian dan agensi awam yang berkaitan, Badan Bukan Berkanun, CSO, ahli akademik dan pengamal media bersama YBM di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi).
BHEUU mengambil alih kajian pewujudan RUU Pendanaan Politik dan satu Memorandum Jemaah Menteri telah disediakan.
Merupakan sesi libat urus bersama wakil parti-parti politik.
Sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan
Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju—
- secara prinsip dengan penggubalan RUU Berkaitan Sumbangan Politik; dan
- skop dasar bagi RUU Sumbangan Politik dirujuk kepada JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi di Dewan Rakyat.
Kajian dimulakan oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), JPM yang kini telah diserap sebagai salah satu bahagian bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikenali sebagai Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN).
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :28952
