Kajian Persepsi Awam Pendanaan Politik
Kajian Persepsi Awam Pendanaan Politik telah selesai dilaksanakan oleh pasukan kajian yang diketuai oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 28 Februari 2026. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 3,539 orang. Kajian ini meliputi pelaksanaan sesi tinjauan yang melibatkan 3,422 orang, sesi focus group discussion (FGD) dengan penglibatan seramai 103 orang responden dan sesi temubual bersama 14 orang informan. Hasil kajian ini turut mengambilkira dapatan Sesi LIbat Urus (SLU) Bersama Pihak Berkepentingan yang telah dilaksanakan oleh BHEUU, JPM pada Jun hingga November 2025 dengan penyertaan seramai 1,544 orang peserta.
Berdasarkan dapatan kajian dan SLU, terdapat 8 syor dasar yang dicadangkan untuk dimasukkan dalam RUU Pendanaan Politik yang merangkumi (i) skop pemakaian undang-undang, (ii) penubuhan badan kawal selia dana politik, (iii) pewujudan Lembaga Penasihat, (iv) sumber dana politik serta had sumbangan, (v) mekanisme penerimaan dana, (vi) pelaporan, audit dan ketelusan dan (vii) kesalahan serta hukuman.
