Mesyuarat JKPK telah bersidang sebanyak lima (5) kali sejak bulan Mac 2026 dan deraf pindaan RUU terkini telah dibentangkan pada 5 Mei 2026 oleh Jabatan Peguam Negara dengan beberapa pindaan. Mesyuarat terakhir dijangka akan diadakan pada pertengahan Mei 2026 sebelum RUU ini dimuktamadkan untuk dibentangkan semula kepada Parlimen dalam Mesyuarat Kedua Tahun 2026.
KAJIAN EMPIRIKAL PEMISAHAN KUASA PEGUAM NEGARA DAN PENDAKWA RAYA

Kronologi Penuh
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 telah pun dibentangkan bagi Bacaan Kedua di Dewan Rakyat pada 3 Mac 2026. Susulan itu, berdasarkan Peraturan 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, satu usul telah dikemukakan bagi menyerahkan Rang Undang-Undang tersebut kepada suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Pindaan Perlembagaan Berkaitan Pengasingan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya mula bersidang buat kali pertama pada 16 Mac 2026 untuk menyelesaikan semua isu berbangkit dalam tempoh tiga (3) bulan untuk dibentangkan semula pada sesi Mesyuarat Kedua Sidang Parlimen Tahun ini (dijangka pada bulan Jun 2026)
JKPK ini memfokuskan kepada tiga (3) parameter penting untuk diteliti semula iaitu pelantikan pendakwa raya, penamatan pendakwa raya dan juga akauntabiliti kepada parlimen. Pandangan perundangan daripada beberapa NGO/ CSO, pakar perlembagaan akademik dan juga kajian kes telah diperolehi dan dianalisa untuk dijadikan sebagai asas rujukan sebelum keputusan dimuktamadkan.
Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan di antara BHEUU, JPM dan AGC telah diadakan bagi memuktamadkan penggubalan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026. MJM RUU telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 13 Februari 2026 dan telah diluluskan dengan beberapa pindaan penambah baikan.
Penyediaan Laporan Akhir Kajian Empirikal.
Perbincangan Meja Bulat telah diadakan di University College London (UCL) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perbincangan ini telah disertai mantan Peguam Negara bagi England dan Wales, The Right Honourable Victoria Prentiss KC, mantan Director of Public Prosecutions for England and Wales, Sir Max Hill KC, serta pakar undang-undang, pengamal undang-undang, ahli akademik, dan wakil CSO serta NGO dari UK dan Malaysia. Fokus utama perbincangan adalah untuk mengumpulkan pandangan mendalam dan menyeluruh mengenai pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di UK.
Selain itu, YB Menteri dan delegasi turut mengadakan pertemuan penting dengan Peguam Negara, The Right Honourable Lord Richard Hermer KC, Speaker House of Commons, Sir Lindsay Hoyle MP, dan Stephen Parkinson, Director of Public Prosecutions dan Head of the Crown Prosecution Service.
Delegasi juga berkesempatan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak Serious Fraud Office dan His Majesty’s Crown Prosecution Service Inspectorate (HMCPSI) dan Puan Susanna McGibbon, HM Procurator General, Treasury Solicitor and Head of the Government Legal Profession and Crown’s Nominee.
Di samping itu, kajian saintifik berdasarkan perspektif sains kemasyarakatan pandangan umum ke atas pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah selesai dijalankan bagi tempoh enam (6) bulan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM).
Sesi Perbincangan Meja Bulat telah diadakan di Monash University dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), melibatkan mantan hakim The Honourable Paul Coghlan AO KC, pakar undang-undang, pengamal undang-undang, ahli akademik, serta wakil CSO dan NGO dari Australia dan Malaysia bertujuan untuk mengumpulkan pandangan komprehensif mengenai pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Australia.
YB Menteri dan delegasi juga bertemu dengan Menteri Komunikasi Australia, The Honourable Michelle Rowland, dan Peguam Negara Australia, The Honourable Mark Dreyfus KC di Canberra, bagi membincangkan isu-isu berkaitan undang-undang dan reformasi institusi.
YB Menteri dan Pengerusi JPKP juga telah mengadakan pertemuan dengan Director of Public Prosecution di Australia, Ms. Kerry Judd, dan Solicitor for Public Prosecutions (SPP) Victoria, Ms. Abbey Hogan. Delegasi juga berkesempatan untuk bertemu dengan Mr. Mark de Crespigny, Deputy Commonwealth Director of Prosecution di Canberra.
Sesi Perbincangan Meja Bulat turut telah diadakan di University of Ottawa, dengan kerjasama Universiti Malaya, melibatkan pakar undang-undang, pengamal undang-undang, ahli akademik, serta wakil CSO dan NGO dari Kanada dan Malaysia bertujuan untuk mengumpulkan pandangan komprehensif mengenai pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Kanada.
YB Menteri dan delegasi juga bertemu dengan Minister of Justice dan Peguam Negara Kanada, The Honourable Arif Virani, untuk membincangkan perkembangan pemisahan peranan tersebut di Kanada. Selain itu, YB Menteri dan Pengerusi JPKP juga mengadakan pertemuan dan perbincangan lanjutan dengan Director of Public Prosecutions (DPP), Puan Kathleen Roussel di Ottawa, Peguam Negara Ontario, The Honourable Doug Downey dan juga wakil daripada Parlimen Kanada (termasuklah Parliamentary Secretary dan Speaker of House of Commons), Majlis Peguam, serta Pejabat Government Solicitor.
Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara serta penubuhan Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Teknikal bagi melaksanakan kajian empirikal tentang cadangan berkenaan.
Fasa Pertama: Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil Blok Pembangkang, AGC dan BHEUU, JPM menjalankan kajian berdasarkan keterangan (evidence-based research) ke beberapa buah negara seperti England, Australia dan Kanada.
Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif telah memilih tiga (3) buah negara untuk menjalankan kajian empirikal, iaitu UK, Australia dan Kanada. Berdasarkan desk research, kedudukan Peguam Negara dan Pendakwa raya di UK, Australia dan Kanada meliputi perkara-perkara, seperti pelantikan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pelaksanaan fungsi kedua-dua jawatan tersebut, kedudukan Peguam Negara sebagai Menteri Undang-Undang/Keadilan serta isu-isu berkaitan dengan penstrukturan organisasi, perjawatan dan implikasi kewangan.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Aras 4-8, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62692 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
03-88851000 / 03-88851048
03-88851051
webmaster@bheuu.gov.my
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768,
pelayar Mozilla Firefox, Chrome
Statistik Pelawat :28952
