Mesyuarat JK PROTEM Bil.1 Tahun 2023

Mesyuarat Jawatankuasa PROTEM Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah BHEUU JPM dan dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa PROTEM serta BPA JPM antara lain telah bersetuju supaya kajian yang menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan mana-mana fungsi dan bidang kuasa agensi berkaitan tidak tercicir dan agensi baharu yang akan ditubuhkan hendaklah mempunyai fungsi dan kuasa yang tidak kurang (no less favourable) daripada fungsi sedia ada termasuklah daripada aspek implikasi kewangan serta aspek perundangan.