Kajian Empirikal ke Australia (Melbourne dan Canberra)
Sesi Perbincangan Meja Bulat telah diadakan di Monash University dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), melibatkan mantan hakim The Honourable Paul Coghlan AO KC, pakar undang-undang, pengamal undang-undang, ahli akademik, serta wakil CSO dan NGO dari Australia dan Malaysia bertujuan untuk mengumpulkan pandangan komprehensif mengenai pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di Australia.
YB Menteri dan delegasi juga bertemu dengan Menteri Komunikasi Australia, The Honourable Michelle Rowland, dan Peguam Negara Australia, The Honourable Mark Dreyfus KC di Canberra, bagi membincangkan isu-isu berkaitan undang-undang dan reformasi institusi.
YB Menteri dan Pengerusi JPKP juga telah mengadakan pertemuan dengan Director of Public Prosecution di Australia, Ms. Kerry Judd, dan Solicitor for Public Prosecutions (SPP) Victoria, Ms. Abbey Hogan. Delegasi juga berkesempatan untuk bertemu dengan Mr. Mark de Crespigny, Deputy Commonwealth Director of Prosecution di Canberra.