Sesi mesyuarat
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah mempengerusikan mesyuarat bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang turut dihadiri oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, SUDN, SUDR, Pengarah Belanjawan Negara, dan wakil-wakil dari Jabatan Peguam Negara, JPA, Parlimen Malaysia, SPA dan Jabatan Audit Negara (JAN). Pihak JPA telah bersetuju untuk membantu dalam penetapan dasar pembangunan sumber manusia manakala pihak MOF telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan terus kepada Parlimen Malaysia.