Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau & Penetapan Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau dan Penetapan Hala Tuju Perkhidmatan Bantuan Guaman telah diadakan melibatkan pihak-pihak berkepentingan termasuk Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli.