Perbincangan Awal
Satu perbincangan awal bersama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan AIAC untuk membincangkan hala tuju cadangan semakan dan kajian Akta 382. Ahli mesyuarat juga telah mengemukakan maklum balas pihak berkepentingan dan juga undang-undang berkaitan yang perlu dirujuk bagi RUU Jualan Barangan (Pindaan) 2025.
