Persetujuan melaksanakan kajian empirikal
Jemaah Menteri telah bersetuju secara dasar dengan cadangan pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara serta penubuhan Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Teknikal bagi melaksanakan kajian empirikal tentang cadangan berkenaan.
Fasa Pertama: Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil Blok Pembangkang, AGC dan BHEUU, JPM menjalankan kajian berdasarkan keterangan (evidence-based research) ke beberapa buah negara seperti England, Australia dan Kanada.
Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif telah memilih tiga (3) buah negara untuk menjalankan kajian empirikal, iaitu UK, Australia dan Kanada. Berdasarkan desk research, kedudukan Peguam Negara dan Pendakwa raya di UK, Australia dan Kanada meliputi perkara-perkara, seperti pelantikan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pelaksanaan fungsi kedua-dua jawatan tersebut, kedudukan Peguam Negara sebagai Menteri Undang-Undang/Keadilan serta isu-isu berkaitan dengan penstrukturan organisasi, perjawatan dan implikasi kewangan.