Rangka Kerja Strategik untuk NAPBHR

SUHAKAM telah membangunkan dan membentangkan Rangka Kerja Strategik untuk NAPBHR. Rangka kerja ini memberikan arah dasar untuk penggubalan NAPBHR bagi Malaysia dalam mempromosikan penghormatan yang lebih besar terhadap hak asasi manusia bagi pihak kerajaan dan bukan kerajaan, termasuk perniagaan, masyarakat sivil, dan individu, serta kumpulan yang terkesan oleh impak negatif berkaitan hak asasi manusia dalam perniagaan.